Friday, July 9, 2010

Pondok

Di pondok sunyi ini,
berdiri seorang lelaki,
mengenang diri sendiri,
lupa asal sendiri,
Selepas kasih tak henti diberi.

Kini dia kembali,
tapi bukan bersama hati,
kerana kini dia mengerti,
insan dulu yang dicintai,
pergi sudah tak kembali.

Biar rindu menyelubungi,
tempat ini dan suasana ini,
sudah tidak berubah lagi,
dia sedar mengapa begini,
angkara silapnya sendiri.

Kini dipondok ini,
hanya kenangan buat diri,
entah bererti atau ditangisi..

No comments:

Post a Comment