Sunday, July 25, 2010


assalamualaikum,




Dah penat aku nih sebenarnya..walaupun keje tak bnyak mna..hahaha..aku sebenarnya bukan penat apa..tapi aku penat dengan lakonan aku setiap hari..bila aku bngun tidur ,aku akan mengenangkan perkara tu..mngkin sbb tu aku jadi terlalu penat..buat masa sekarang,hidup aku mash lagi terumbang ambing..aku sengaja menyibukkan diri walaupun sbenarnya tak la sbk sngat..





still dengan silat,itu la kerja aku hari2..mmg memerlukan tenaga yang bnyak..terutama untuk train member aku yang lain..aku puji diorang sbb diorang ada komitmen untuk belajar,diorang dah mula tunjukkan minat untuk belajar...diorang boleh..cuma mungkin disebabkan aku pengerusi ,mngkin itu yang membuatkan diorang kurang menyerlah...aku harap bila diorang ada jurulatih baru nanti,diorang akan bertambah semangat..tpi aku takut gak,tkut klau diorang tak biasa dan tak dapat biasakan diri dengan latihan nanti..insyaallah,harap menjadi la hendaknya.petang tadi bru pas bincang ngan jurulatih baru..nasib baik la dia ok je.tak susah nak mintak tlg dia..dengan bntuan si ayim,bnyak bnda dapat dibincangkan





walaupun aku cuma ajk peralatan,tapi aku tak slalu dapat turun tlong ..sbb aku nak berlatih silat lagi..aku harap hanif tak kecewa dgn aku..aku cuba sedaya upaya untuk turun membantu,sekurang kurangnya aku sibuk..tapi,kesibukan aku tak pernah berjaya mencuri tumpuan aku untuk memikirkan dia,aku terasa seolah olah..semua itu bkn diatas kawalan aku..sku sedar tentang diri aku...bila aku dah sayang,tak mudah untuk aku melupakan..aku akan sayang dia btul2..tapi bila kami dah tiada hubungan,bukan mudah untuk melupakan segalanya semudah memetik jari,aku teringat semua kenangan aku dengannya..segala yang kami lalui bersama,tempat yang kami yang mengingtkan aku padanya..terlalu menyeksakan,setiap hari seolah olah sebuah penantian..ilusi bayangannya membuatkan aku seperti orng yang sentiasa di alam ciptaan aku sndri,bila aku sedar...baru aku tahu keadaan sebenar aku.aku mash tak mampu hidup tnpanya,setiap hari aku didalam penantian untuk melihat wajahnya dan mendengar suaranya.





aku ada terjumpanya,tapi aku tak mampu melihat wajahnya..aku tak kuat,dia kata nak jadi kawan aku...hati aku menangis,tapi diri aku tersenyum smbil fikiran aku mengatakan "kalaulah aku sebaik dirinya.."dia ada hantar mcj tnya aku sht ke tak..hati aku berbunga,tapi aku terduduk,klau lah aku sekuat dia..orang lain mungkin tak faham keadaan aku..tak pe lah..aku dah tak nak berkongsi,lagipun takde orang nak dgr pun kan..hahaha..jdi..kat sni lah tmpat aku meluahkan perasaan aku.tak kisah apa orang nak kata,diorang tak phm..diorang blh kta apa yang diorang suka,tapi siapa nak fhm perasaan aku?ckup lah aku sorang,aku nak ada tempat meluahkan...aku sengaja mengelakkan jumpa si Tembam,aku sengaja taknak mcj ngn Kak nyah aku,aku dah malas mcj zimah,mereka ini lah diantara orang kuat aku...hahaha..tapi entah knapa,aku dah terasa jauh hati..aku tak tahu apa dosa diorang,kesian kat mardhiah..selalu dia call aku,tapi aku tak angkat...terseksa dia,tapi tak pe la...nanti dah lma dia akn lupakan aku..lagipun,aku dah tak balik semenanjung dah pas ni..pas 2 thn bru blik,mngkn msa tu dia dah lupa siapa aku padanya..tembam plak,entah la..nanti dah lma tak jumpa dia lupa la kot kat aku nih..aku ada bnyak citer klakar tuk dia..dia la tmpt aku nak bergaduh..hahaha..tpi skang tak lagi..aku dah tak tau nak gaduh ngn sape,gaduh ngn hisyam aku tak pndai..hisyam bukan slalu ada msa ngn aku..skng ni kebnyakan hal dia bukan sume aku blh follow..pendek kata,aku dah krang la dengan dia...semenjak dia nak kena jga 2 owg umah..hahahaha(bertuah badan)zimah?aku tak nak ganggu dia dah..dia pun sibuk ngn STPM..aku taknak dah la mcj dia..tkut terganggu pelajaran dia..zimah ni slalu dengan aku masa aku ada krisis dengan ex aku yang sebelum ni..bila aku pikir balik..dia dah bnyak tlong aku..ckup la smpai situ..penat dia nak melayan kerenah aku..aku ni nama je sulung..tpi perangai mcm budak2..kesian kat adik lelaki aku,kena buli ngn aku...





aku ni tak blh klau takde kawan,mesti nak ada teman..bkn takut..mksdnya,blh bagi aku confident skit..hahaha..skang sume kawan aku dah sibuk...diorang dengan hal diorang la..takkan selalu nak kepit ngn aku je..ssh la hidup..tapi aku still tak dpt menguruskan diri dengan baik...ssh btul aku ni..nampak benar aku ni tak matang lagi..fikiran aku betul2 bercelaru skrang..teruk gila,hari2 yang aku lalui..bila semua ni akan berakhir? korang yang membaca teruskan la hidup korang dengan gembiranya..segembira yang korang boleh..aku tak reti dah nak bagi nasihat,sbb aku tngh maki diri aku sendri..jadikan dri korang sehebat yang korang blh..bhgikan diri korang dan orang disekeliling korang..Jgn jadi mcm aku,cuma tahu menyusahkan..aku sedar aku tak sebaik orng lain,tapi tak pe lah..harap2 diorang ampunkan lah salh silap aku ni..insyaallah..

Thursday, July 22, 2010

sakitnya..


assalamualaikum..




hahahha..takde mood btul aku nak menulis..boring pnya pasal..aku tulis aktiviti aku lalui hari ni je la..harap tak de org yang membaca..rasanya dia pun tak bca ni..(anggapan je la)sem 3 aku dah mula dah,tau kan?mcam2 bnda baru aku dapat belajar..mcam2 jenis alat dapat aku kenal..kawan kawan aku pun best gak..walaupun aku dapt team yang tak ngam tapi orait la..takde la teruk sngat..yang penting tahu nak sesuaikan dri..walaupun bru 2 minggu masa berlalu..seolah olah aku merasakan seperti 2 thn aku perlu menunggu..jadi,Dr Ong mengatakan yang batch aku kena praktikal 5.8.5..apa tu?bnyi no tu sedap didengar masa kali pertama aku dengar..sesedap apa yang akn aku buat nanti..hahaha..itu la minggu aku berpraktikal nanti..aku akan berpraktikal sepanjang cuti sem..jadi aku tak balik la smpai sem 6 nanti..Doakan along umi..




mcm mna dgn kelas?ok je..klas aku stakat ni ok..cuma aku agak bermasalah dengan tidur dan rsearch aku ni..En Geoffry bagi research pada kami secara bebas..yang bebas tu agk bermasalah skit..tau la kan,biasanya sume kerja manual...pnsyarah bagi..skang dah jadi bebas..jdi kna buat gak la..entah la..aku masih merasakn kelemahan dalam diri aku sukar dibendung..tpi nak ckap kat orang malu..tak pe la..skit tanggung sndri..aku rindu dengan dia..tersangat rindu..tapi apa yang aku ptut buat?aku bkn lah manusia yang suka memaksa..skarang fikiran aku agak terjejas..tapi aku terpaksa berlakon mcm org happy..aku dah tak pdulikan perkara lain..aku cuma tahu hari2 aku akn bersilat untuk melepaskan tekanan..skang badan pun dah kerap skit..tpi aku tak blh duduk sensorang..nanti aku akan pikirkan lagi tntng perkara lepas..aku tak tau nape aku msh gagal..aku perlukan seseorang,skarang aku masih menghukum diri sendri..aku terpaksa akui..aku dah kerap termenung..melihat org gembira aku jadi cemburu..sebab aku tak segembira diorang..aku tak mampu..




bila kita rasa orang sakit..kita akan terlupa dengan kegembiraan..tapi bila kita jauh seinci dri melihat kesedihan maka kegembiraan akan memenuhi kita.bila kita melihat org gembira kita akan terlupa dengan kesedihan ,bila kita jauh daripada kegembiraan sedepa baru kita mrasakan kesedihan..itu lah jarak yang boleh diumpamakan antara kesedihan dan kegembiraan.mendung masih berlalu..cuaca disini plak kerap hujan,seolah olah turut menangisi kesedihan aku..hari2 yang berlalu terasa sepi je..aku tarnampak kebodohan yang aku lakukan sepanjang hari..skitnya hati ni..rindu ini seolah mencurah tapi tak tertadah..kasih ini selaut tapi tak berpantai..fikiran menjadi hipokrit..maafkan aku..tapi aku tak blh nak buat apa2...




aku tahu apa yang dilakukan kerana allah..tpi aku msh tak mampu menerimanya..sepatutnya aku dah lakukan semua ini sebelum perkara ini berlaku..tpi hati tidak memberi jaminan yang sewajarnya..dia tak salah..aku yang salah..krana lambat bertindak..perkara dah pun jadi..dan aku tetap aku..berdiri terus menjadi aku..tidak akan ada apa yang berubah..aku merasakan betapa sukarnya memenangi hati sndri...payahnya,mngkn sbb dah lma bersamanya...mungkin btul..permpuan yang baik cuma untuk lelaki yang baik...dan lelaki yang jahat cuma untuk perempuan yang jaht..tapi aku tetap bersyukur sbb dipertemukan dia walaupun terlalu singkat..terlalu bnyak kenangan yang kmi cipta bersama..terlalu bnyak..aku pasti merindukan saat itu..andai diberikan peluang memutarkan masa..aku mahu masa berjalan pantas kehadapan..knapa?sbb aku taknak jumpa dia di dalam keadaan begini..dia terlalu mengukir bnyak kenangan pada aku..kasih dan sayang yang dia berikan walaupun cuma seketika,tpi ckup membuatkan aku seperti bermimpi.berjumpa dengannya cukup membuatkan masa terhenti..bercakap dgnnya membuatkan seolah olah aku melihat dunia dari sudut yang berbeza..berpisah dngannya membuatkan seolah olah..rindu aku terdampar di tengah tasik kasih yang kekeringan kerana teriknya matahri penyesalan ...




terlalu susah memikat hatinya..aku akui,smpai sekarang aku tak pernah merasai memiliki hatinya..dia pernah kata pada aku yang aku cuma perlu mengejarnya satu tiang di belakang...mungkin kini aku perlu bermula kembali...tapi jika diberi peluang..aku nak dia tahu..aku nak bermula kembali..walaupun masa mungkin tak berpihak pada aku..aku akan tetap mengejar kembali..sisa yang tinggal..aku mahu dia menjadi jodoh aku..klau hari ini dia memecut jauh meninggalkan aku kerana allah..aku terima hukuman ini..allah kena tolong aku supaya aku boleh bersamanya,klau bukan dngan cara ini tapi dengan cara yang dia redha..aku anggap,ini janji allah dengan aku setelah apa yang aku korban kan..aku harap dia setia menanti aku...klau dia snggup tunggu aku,dan kesetiaan aku insyaallah tak akan sama sekali tercabar untuk dia..




kesimpulannya?


nak ada kesimpulan ke?aku akan terus berpura..smpai tiba masa nya..korang yang ada lagi buah hati tu..jaga la dia elok2..insyaallah..itu lah jodoh korang..merancang la dengan baik..mngkin korang tak kuat macam aku gak,tapi jga diri korang dan pasangan..hukum dunia ni senang je..apa yang kita buat ke mintak ke,bnda yang baik..maka dapatnya baik..klau mintaknya jaht..dapt pun jahat..tpi jgn risau..bayarannya secara tunai atau cek..itu je..tunai ko dapat on the spot..cek ni ko blh la berjumpa dengan kaunter akhirat untuk tunaikan..insyaallah selesai le..jgn wiso..blh mintak diskaun..untuk dosa ko jgn tkut..blh mintak diskaun..allah tak jaht la..ko dgr je ganas..tpi hati ada taman beb..hahaha(melalut dah aku)tpi klau pahala ko mintak diskaun,pun ditunaikan..ok je..mesti ko nak mintak diskaun tuk mak bapak korang kan..hahhaa.aku phm..bercinta cinta gak..tapi kena pndai la jaga diri..stu tips nya,ko jarang2 la jumpa buah hati ko..ini bagi mengelakkan ko terperangkap dengan sinar mata nya..mata ni bhaya..skali pndng..nah kau..tak sedar je..lagipun bila jarang jumpa..korang ada masa untuk buat perkara lain..takde la mengadap muka dia je..muak la..aku pun muntah hamil mcm tu..kurang kan la bergaduh ye..tak bgus gak tu..jgn la berprasangka buruk2..skali skala cuba percaya dengan pasangan kita..selalu la tunjukkan perasaan sayang kita tu walaupun tak jumpa..tpi bagitau kat dia yang kita sayang kat dia..jgn terlalu mengongkong smpai kan dia nak jumpa kawan pun ko soal siasat macam polis..teruk dah tu..bila nak berduan tu cari la tempat yang ramai orang..mcm kedai makan ke..tpi jgn cri disko ke,club ke,dangdut ke..itu dah lain kes tu..ramai orang dah bleh mengelakkan fitnah.bgi aku la..tiada syarat dalam kau bercinta,senang je...jgn menganggap apabila kau mencintai seseorang maka orang itu jugak akan mencintai kamu..tak blh..tidak meluahkan perasaan juga dikira cinta gak kan?amik masa dan tenangkan fikiran...dah..aku nak tido..bru skang ada msa nak menulis..tak kisah la..melayan perasaan ni penat gak kan..aku nak nangis..tapi segan sbb aku lelaki sejati..mna blh nangis..hahaha.(tpi dah nangis dah pun)..




nanti aku citer lagi..bnyak bnda nak kongsi ngn laptop aku nih..hahaha..

Friday, July 16, 2010

masih terasa

Bila hati ditusuk sembilu,
pedihnya terasa hingga ke mimpi,
kasih didamba tak tersampai,
angan tak sudah sampai ke mati,
nyata diharap menjadi debu,terbang ke langit tak tinggal lagi,
rindu membeku walau mencurah,
hati parah jiwa kecundang,
yang diharap bagai illusi,
kecewa datang menghempas hati,,
separuh nyawa menahan diri,
sayang tumpah tinggal lagi,
ibarat jalan yang tidak penghujung,
buta sudah tak nampak lagi.

simpati permaisuri

saat kaki melangkah,
hati merasakan hentakannya,
rindu yang menghentak,
menghilangkan kewarasan akal,
haluan bagaikan sempit,
semakin menutup ruang yang luas,
kemaafan demi kemaafan,
ku hulur dan ku hulur,
namun hati masih kaku,
kaku mengharap berlaku keampunan,
seperti pedang yang terus menikam,
berhenti tidak kan terjadi,
sayang semakin layu,
walau disiram selaut kasih,
rindu menjadi dendam,
namun hati menjadi mangsa,
luahan menjadi pisau,
menghiris tanpa belas kasihan,
fikiran seakan terus berputar,
berputar memikirkan kesalahan,
hati terus merayu,
meminta simpati pada permaisuri,
tentang ilusi mahupun kenyataan..

Saturday, July 10, 2010

seorang tua di kaki gunung


tajuk kat atas tu aku tulis sebab aku teringatkan novel yang berjaya membuatkan aku merasai betapa peritnya mempertahankan pendirian ,tambahan lagi dengan usia yang dah lanjut.kisah yang bermula dengan kehidupan tukya dan isteri yang hidup di kaki gunung dengan usia yang dah lanjut membuatkan hati ini merasai kesusahannya,sedih tol..memang rugi korang tak baca(bagi yang suka sastera la).aku baca novel ni masa aku tingkatan 4...masa tu aku mmg gila novel la..tak kisah apa orang nak kata tapi aku suka...apa citer novel ni?

Yang aku ingat aku citer kan la...citernya bermula dengan kehidupan tukya dan isteri nya,tukya ni ada anak,Fikri...Fikri ni penah cuba nak bawak tukya ni tinggal dengannya,tapi tukya taknak..lagipun Fikri dah ada family,dia ada sorang anak(cucu tukya la).satu hari si Fikri ni balik...jeng jeng jeng(background muzik)Gembira la si tukya ngan opahnya sebab Fikri bawak cucu diorang skali,jadi tukya ni pun banyak la bawak cucu dia ni berjalan dalam hutan..al maklum la,org kampung..dia ajar cucu dia macam macam perkara.bila sampai si Fikri ni nak balik tukya berat hati nak lepaskan cucu dia yang sorang tu.time ni yang aku benci sbb si fikri bertelagah ngn tukya...


"Kalau rumah buruk ni menjadi alasan kau,Fikri,menjadi ejekan anak anak kau,tak apalah.Aku rela kau tak pulang pun"


Kenapa si fikri tak faham isi hati ayahnya???Bila si Fikri balik ke bandar si Tukya tetap menjalani rutin dia seperti biasa.suatu hari tukya ni masuk ke hutan...di ternampak sepohon cengal yang besar,dari situ dia berfikir untuk membina sebuah rumah dengan pokok cengal tu.setelah lama dia berfikir,org tua tu nekad untuk menumbang kan pokok tu...bila tiba hari yang dijangkakan orang tua tu pun pergi la ke hutan dan mencari pokok tu,lalu di tebangnya pokok cengal tu...tapi aku lupa berapa hari dia tebang la..sampai la ke hari yang terakhir dia berjaya menumbangkan cengal yang besar tu tapi sayang seribu kali sayang takdir tak menyebelahi tukya dia dihempap batang cengal...(part ni tetiba ada air kuar dari mata,hujan ke?)walaupn isteri tukya dah kehilangan tukya namun orang tua tu tetap setia dipondok di kaki gunung..


sedih citernya,yang pasti novel ni mmg berjaya membawa aku kedalam ceritanya..cara penyampaiannya cukup berkesan,tapi skang aku dah tak jumpa dah novel tu..aku teringin nak baca lagi..citer ni banyak menceritakan tentang pendirian tukya untuk mempertahankan rumahnya.disamping tu juga ada terselit sedikit hubungan diantara ayah dan anak,suasana yang bnyak berlaku didalam hutan membuatkan aku terasa seperti berada didalamnya.apa pun tahniah pada pengarang novel ni .semoga aku akan menghargai nilai pengorbanan seorang ayah dan semoga aku melalui kehidupan ini dengan keyakinan dan ketabahan seperti tukya.(korang pun sama la)

Friday, July 9, 2010

Kisah aku


Kadang kadang lupa siapa diri,
biarpun tunduk menghadap illahi,
kadang kadang lupa mengapa begini,
walau dirancang diri sendiri,
kadang kadang lupa ciptaan illahi,
kerana angkuhnya diri.

bila cinta padanya luput sendiri,
nafsu mula menguasai diri,
hati mula menjadi mati,
jalan yang dilalui sunyi,
tanpa diri ini sedari,
dunia mula dijulang tinggi.

takut hati dimusnah diri ,
walau insaf tidak bertepi,
kepada tuhan mengadunya hati,
mencari sinar diredha illahi,
semoga diri ditemani,
menuju cahaya kasih illahi.

Pondok

Di pondok sunyi ini,
berdiri seorang lelaki,
mengenang diri sendiri,
lupa asal sendiri,
Selepas kasih tak henti diberi.

Kini dia kembali,
tapi bukan bersama hati,
kerana kini dia mengerti,
insan dulu yang dicintai,
pergi sudah tak kembali.

Biar rindu menyelubungi,
tempat ini dan suasana ini,
sudah tidak berubah lagi,
dia sedar mengapa begini,
angkara silapnya sendiri.

Kini dipondok ini,
hanya kenangan buat diri,
entah bererti atau ditangisi..

Friday, July 2, 2010





assalamualaikum,

seorang guru bertanya"adakah kamu nampak meja itu?" maka pelajar pun menjawab"nampak"maka guru itupun berkata meja itu adalah wujud.guru itu bertanya lagi adakah kamu nampak kerusi itu?seperti tadi juga pelajar menjawab nampak.cikgu pun berkata bahawa meja itu wujud.soalan terakhir dari cikgu itu adalah..."adakah kamu nampak ALLAH?"maka pelajar itu menjawab "tidak".Maka cikgu itu membuat kesimpulan bahawa allah itu tidak wujud.Lalu pelajar lain bertanya kembali "adakah kamu nampak akal cikgu?lalu pelajar menjawab"tidak"maka pelajar itu menjawab "maka akal cikgu tidak wujud"

hermm...Apa yang aku dapat dari sini?

hahaha...aku sebenar bkn nak citer pasal tu.tak layak pun,saje berkongsi apa yang dibaca..yang aku nak citer pasal Kem perhutanan aku...aku dapat tawaran ikut program ni sebab aku coz perhutanan.Nak kata tawaran tu tak la..tapi desakan la senang citer...hahaha,paling bangkainya aku kena follow program ni selama 2 minggu..siot gila argh..terdesak gak,first day aje dah ada masalah...terasa aku jadi buruh paksa.tenaga aku kena kerah gila2...setengah mati.Nak wat macam mana,sabar je la.aku tak banyak sangt blh citer..bkn semua aku ingat..tapi apa yang aku blh ktakan perkhemahan ni memberi aku banyak pengalaman yang menyakitkan,tpi kata orang yang menyakitkan itu adalh pelajaran sebenarnya..paling aku tak leh lupa betapa teraniayanya aku...tapi aku keliru sangat samada aku yang salh atau salah sangka orang.aku sedar kelemahan aku,aku akui..tapi kenapa kelemahan itu seperti kesempatan yang terbaik untuk perangkap aku?shit...(dalam hati aku dah bersumpah seranah).kenapa susah aku nak lupakan ?diorang kata banyak kenangan yang menggembirakan...huhuhu,mungkin...semakin aku menulis semakin terasa hati aku.takpe la.mungkin ini yang perlu aku tanggung sampai aku mati..aku tak sangka perkara macam ni blh berlaku,mesti orang pandang serong pada aku..paling penting bagi aku perkara ini memberi kesan pada aku seumur hidup,aku dah menyusahkan kawan2 aku dan aku terpaksa hidup dengan hakikat ini seumur hidup aku...argh...knapa????hukuman ni terlalu berat pada aku.walaupun mngkn orang lain memandang perkara ni ringan tpi tidak bagi aku..nak aku ceritakan ianya cukup untuk membuka aib aku sndri..tapi ckup la korang tahu aku ni mmg teruk...korang nak tau,kem hutan yang aku follow ni kira best la..Mungkin ada kelainan atau takde.nak cerita sampai dua minggu mmg mati la aku.tapi dari apa yang aku lihat kem ni banyak mengajar kami erti kerjasama,semangat setia kawan,dan keakraban,betapa susahnya nak lalui semua tu,tambah lagi aku dengan member aku bukan la ngam sangat.nasib ada si hisyam,dia yang jadi pendorong untuk aku bertahan.semoga dia dimurahkan rezeki dan dirahmati allah...berbalik pada kem aku,aku terpaksa mengaku hubungan diantara budak2 coz aku mmg tak rapat,malah sesama kami gak turut berpuak.bayangkan la ,kes gaduh aku dengan sorang budak coz aku pun tak setel lagi...sampai skang,berdosa benar aku gamaknya.takpe la,nanti dia maafkan la kut.tapi lepas aku follow kem ni.aku blh banggakan la..tpi kami mash perlu melakukan lebih bnyak perubahan,aku ingat lagi..dalam kem sume munafik,termasuk la aku.hahaha,terpaksa mengaku la..apa pun yang berlaku dalam kem tu aku dah pun lalui dan telah pun berlalu,segala yang berlaku menyebabkan aku blaja untuk menjadi seorang yang lebih kuat.suka atau tidak apa pilihan aku?insyaallah,nak masuk sem 3 dah,kelas baru,azam baru, semangat baru,awek baru(sumpah pas ni kena bnh)spek mata aku baru buat,hahaha...subjek baru..:)apa yang kekal?diri aku la,kawan2 aku,tempat blaja aku still lama lagi.apa apa pun aku harap korang hepi dengan apa yang korang lalui,berusaha la...