Friday, July 9, 2010

Kisah aku


Kadang kadang lupa siapa diri,
biarpun tunduk menghadap illahi,
kadang kadang lupa mengapa begini,
walau dirancang diri sendiri,
kadang kadang lupa ciptaan illahi,
kerana angkuhnya diri.

bila cinta padanya luput sendiri,
nafsu mula menguasai diri,
hati mula menjadi mati,
jalan yang dilalui sunyi,
tanpa diri ini sedari,
dunia mula dijulang tinggi.

takut hati dimusnah diri ,
walau insaf tidak bertepi,
kepada tuhan mengadunya hati,
mencari sinar diredha illahi,
semoga diri ditemani,
menuju cahaya kasih illahi.

No comments:

Post a Comment