Monday, March 14, 2011

sakitnya hati


pernah rasa sakit hati???tak??bukan manusia....ye??apa kamu buat??banyak perkara yang menyebabkan kita sakit hati tapi ada banyak cara untuk mengatasi rasa sakit hati...Kerana kita cuma manusia biasa.herm,walaupun perasaan kita pada perkara tu membuat kita amat2 sakit hati,tapi kita perlu terima dengan hati yang terbuka,mungkin ia dugaan,mungkin juga ia hikmah..pucuk pangkalnya terpulang pada kita bagaimana kita mengatasinya.kalau kita sakit hati dengan orang mesti ia akan buat kita rasa2 nak tumbuk je muka orang yang buat kita sakit hati kan...klau kita buat satu benda ,tiba2 perkara yang kita nak buat tu tak seperti yang dirancang,mesti kita rasa sakit hati juga kan.bersabar lah...kerana sabar itu separuh daripada iman.walaupun separuh tapi takkan kita nak sia sia kan juga...rugi2...

rasa sakit yang kita alami sememangnya memberi kesan pada diri kita terutama sekali pada hati la...(takkan jantung plak)kadang2 perasaan tu akan ambil masa yang lama,kadang2 sekejap je..terpulang pada kita macam mana kita menerima dugaan yang kita lalui tu,bagi sesetengah orang kesakitan yang dia alami terlalu sangat sampai dia tak boleh terima apa yang berlaku,kadang2 sampai dia merasakan tiada kemaafan bagi orang yang telah menyakitkan hati dia..tapi adakah kita akan terus bersikap sebegitu untuk seumur hidup kita??adakah apa yang kita lalui sehingga menyebabkan rasa sakit dihati kita tu terlalu dalam sehingga kita merasakan terlalu sukar untuk dilupakan?yup,bercakap sememangnya mudah,tapi cuba kita berada ditempat yang dilalui.tapi kita juga perlu ingat,jika kita merasakan yang kita terlalu sakit2 hati dengan apa yang kita lalui sekarang ni,maka sudah pasti ada yang lebih2 sakit hati berbanding apa yang kita lalui sekarang.

apa yang telah berlalu tetap berlalu,apa yang perlu kita fikirkan adalah apa yang perlu kita lakukan dimasa depan,mungkin kita boleh mengambil iktibar dari apa yang telah kita lalui dengan harapan bahawa dimasa depan kita akan lebih tabah dan kuat dalam menghadapi rasa sakit hati yang mendatang.hari yang berlalu perlu diisi,tapi bukan dengan sifat putus asa dan dendam yang cuma menjadikan hidup kita sia2.insyaallah,setiap masa yang sukar pasti ada kesenangan didepannya.Yang penting kita harus yakin dengan tuhan kerana dia tuhan.tuhan tidak akan menyusahkan hamba2 nya..biarkan sakit hati kita berlalu,Allah akan mengubati kamu...dekat dengannya selalu,dia akan sentiasa menemani disaat susah dan senang kita...insyaallah.

No comments:

Post a Comment