Monday, March 28, 2011

Jangan Bersedih


antara perasaan yang diberikan kepada manusia itu adalah sedih.Pasti didalam hidup kita akan melalui perkara yang menyedihkan,tidak kira la samada kita yang melalui mahupun orang orang yang disekeliling kita.Walau kita cuma melihat orang bersedih,namun kita tetap merasai kesedihan itu.Hidup kita tidak lengkap tanpa sedih,jika tidak kenapa perlu tuhan memberikan kita kesedihan??tapi perlukah kita bersedih sepanjang masa?

hidup kita jangan kita penuhi dengan kesedihan dek kerana satu atau lebih perkara yang menyedihkan.masih ada perkara lain yang perlu kita fikirkan dan luangkan selain melayan perasaan sedih kita.kesedihan ini tidak akan membangkitkan yang mati,kesedihan ini tidak akan mengulang kembali peristiwa yang telah terjadi malah ia cuma akan memburukkan lagi keadaan jika kesedihan kita itu terlalu.tidak salah untuk bersedih,ia salah satu cara kita meluahkan emosi kita,meluahkan kekesalan kita dan sebagainya.

Tanpa kita sedar,kesedihan kita adalah kesedihan orang lain.walaupun kita mengatakan tidak ada orang yang memahami perasaan kita pada masa itu,tapi kita perlu sedar bahawa masih ada yang risau dan ambil kisah tentang diri kita walaupun mereka tidak lah terlalu sedih seperti kita,kerana kita adalah sebahagian dri mereka,kadang kadang tanpa kita sedar kita adalah insan kesayangan mereka.dengan kesedihan yang menimpa kita membuatkan lebih ramai lagi yang bersedih dengan melihat keadaan kita.yang berlalu tetap akan berlalu kan???jdi kenapa tidak kita menerima seadanya dan kuatkan hati dan tabahkan diri untuk melalui perkara seterusnya pada masa hadapan??

belajar melalui kesedihan ,kesedihan ini untuk mengajar kepada kita erti ketabahan dan erti kekuatan.bukan pada fizikal kita sahaja tapi pada mental.sifat dalam diri kita ini amat perlu untuk kuat apabila kita melalui kesedihan.setiap kesedihan ini menjadi titik tolak pada diri kita bahawa dugaan yang mendatang akan lebih mencabar dan menyakitkan untuk kita lalui,apa yang paling penting adalah melalui kesedihan ini kita tahu bahawa tuhan itu masih sayangkan kita dan dia merindukan kita untuk kembali dan meminta kepadanya.jadi kesedihan bukanlah pengubat sebenarnya.Ia cuma akan melemahkan disaat kita sebenarnya tidak memerlukannya.teruskan hidup yang masih panjang ini.Jangan bersedih teman,kerana tuhan tidak akan menduga melainkan dia tahu bahawa hambanya mampu.....

No comments:

Post a Comment