Friday, March 25, 2011

knapa takut??


bila kita tak buat kerja,tetiba ada orang tegur kita...fuhh,mesti malu gila...tak tercakap dah malunya...tapi itu lah hakikat kebenaran bahawa kita tak memang tak buat kerja...tapi satu sikap kita yang mungkin kita lupa,menjatuhkan orang.bila kita kena tegur sikit je,then kita menyimpan rasa dalam diri kita bahawa satu masa nnti aku nak balas balik pada orang yang jatuhkan aku...

come on la....kerana itu orang kita ni cuma tau cakap dibelakang .kerana itu juga orang kita tak berani menegakkan kebenaran sedangkan terang lagi bersuluh itu adalah kesalahan??persoalannya kenapa takut??kenapa kita tak berani nak cakap atau tegur kepada mereka yang terlibat??kenapa kita cuma sibuk bercakap dibelakang dan meyebarkan propaganda bahawa itu salah,ini salah dan sebagainya??

Adakah orang kita macam tu??mentaliti itu sama sekali perlu diubah...tapi kenapa tidak dapat diubah??sebab kita juga melakukan kesalahan yang sama.kerana itu kita takut untuk mengubah orang lain mahupun menegur orang lain.dengan harapan bahawa "orang lain melakukan kesalahan itu maka tak heran la kalau aku buat jugak kesalahan yang sama".jadi, kesalahan orang itu tak perlu ditegur dan kesalahan kita buat tak nampak.dimana kita meletakkan malu kita apabila kita melakukan kesalahan??

Yang salah tetap salah,jangan jadi orang yang pengecut.cuma tahu bercakap dibelakang dan tak berani menegur hanya kerana kita juga melakukan kesalahan yang sama.sekiranya kita pernah melakukan kesalahan yang sama kenapa tidak kita menegur untuk kebaikan bersama?Dan yang ditegur jangan pula cepat melatah,kenapa tidak menerima teguran sebagai satu perkara yang membina??sekiranya orang sekeliling kita melakukan kesalahn,kenapa tidak kita menjadi orang pertama memperbaiki kesalahan itu ?mungkin satu masa nanti orang lain akan menurut dengan apa yang telah kita lakukan.jangan menanti orang lain melakukan kebaikan untuk kita,sekurang kurangnya biarlah kita yang pertama memperbaiki keadaan yang sedia ada salah.Jangan takut,kerana sekiranya kita salah orang akan betulkan begitu juga sebaliknya..yang penting kita mahu berubah dan merubah orang lain demi kebaikan bersama.

SELAMAT BERJUANG...

No comments:

Post a Comment