Wednesday, April 13, 2011

dua Kesakitan Membunuh Diri


Hari ini saya ingin berkongsi dengan pembaca sekalian mengenai bunuh diri,artikel ini saya salin kembali daripada majalah Infiniti edisi oktober 2010.mungkin anda pernah juga membacanya,sekiranya tidak jadi sya berkongsi mengenai artikel ini.apa yang menariknya???yup,mari kita mulakan dengan Al Fatihah dan ikuti ayat ini(bagi yang muslim,sekiranya tidak .boleh dimulakan dengan cara sendiri)

"barang siapa yang membunuh dirinya dengan besi,maka tangannya akan menusuk besi itu ke perutnya di neraka jahanam dan kekal didalamnya.barang siapa yang meminum racun untuk membunuh dirinya,maka dia meneguk racun itu di neraka jahanam dan kekal didalamnya.dan barang siapa yang menjatuhkan dirinya dari gunung untuk membunuh dirinya di neraka jahanam dan kekal di dalamnya."(hadis riwayat bukhari dan Muslim)

Sekitar tahun 1990-an,kes bunuh diri di negara ini kebanyakn membabitkan masyarakat India,namun,sejak akhir2 ini bilangan orang melayu Islam yang mengambil tindakan nekad membunuh diri pula kian meningkat.statistik menunjukkan,bagi tempoh 15 tahun lepas,seramai 7 hngga 12 orang daripada setiap 100,000 penduduk malaysia mati dengan cara membunuh diri.jika dikecilkan skop tersebut,secara purata enam orang daripada rakyat Malaysia mati dengan cara membunuh diri setiap hari.Manakala 2,500 orang setiap tahun dan 50,000 kes cubaan bunuh diri dilaporkan berlaku dalam jangka masa setahun.Daripada keseluruhan kes tersebut,ia lebih banyak melibatkan kaum wanita.

Tiada satu faktor tunggal yang dapat diterima sebagai sebab utama untuk membunuh diri.Bagaimanapun,faktor tekanan dikanal pasti sebagai alasan kepada kejadian bunuh diri.antara faktor yang menyumbang kepada tekanan termasuklah masalah hutang,masalah perhubungan samada cinta atau keluarga,faktor akdemik seperti gagal mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan,serta mendapat malu yang melampau seperti mengandung luar nikah.Justeru,mereka memilih jalam mudah iaitu membunuh diri untuk bebas daripada masalah yang dihadapi.

Pelbagai cara boleh dilakukan untuk menamatkan riwayat.contohnya mengantung diri,menggunakan senjata api,menelan racun,terjun dari tempat yang tinggi,mengelar pergelangan tangan ataupun memilih untuk dilanggar kereta api.diantara beberapa pilihan itu,lelaki lebih lazim memilih cara yang ekstrem ,manakala perempuan lebih 'berminat'dengan cara yang tidak terlalu ganas-membunuh diri dengan tidak merosakkan fizikal yang melampau.sehingga ke hari ini,kes menamatkan riwayat dengan cara menggantung diri adalah yang paling kerap dilaporkan di seluruh dunia.

Menurut Pegawai perubatan di Jabatan Forensik,Hospital Putrajaya,Dr Nizam Amin,menamatkan riwayat dengan menggantung diri adalah salah satu cara kematian yang dilihat agak memeritkan.ini disebabkan oleh si mati akan melalui 2 FASA UTAMA yang menyakitkan iaitu
A)kesakitan akibat menggantung diri
B)kesakitan akibat kehilangan nyawa
walaupun begitu,kesakitan yang dialami si mati boleh diklasifikasikan berlaku dalam kadar yang agak pantas.kebiasaannya,seseorang yang menggantung diri akan mati antara 7 hingga 8 minit akibat kesesakan nafas.namun,kebanyakan nya akan pengsan terlebih dahulu kerana disebabkan darah tersekat dan tidak dapat mengalir ke bahagian otak.

Ada kalanya,kematian menggantung diri juga boleh disebabkan oleh kepatahan tilang leher.ini biasanya terjadi apabila berlaku hentakan yang kuat pada leher dan tahap kekerasan material yang digunakan.menurutnya lagi,apabila berlaku kematian akibat menggantung diri,bahagian yang paling bawah iaitu kaki akan menjadi lebam.Ini kerana darah akan berkumpul di bahagian tersebut akibat tarikan graviti.hipotesis itu berlaku stau jam selepas kematian dan kesan lebam tersebut akan hilang selepas 8 jam.bahagian yang lebam biasanya merangkumi kawasan yang agak luas dan berwarna kebiruan kerana ketiadaan udara di dalam badan.

Di dalam kes kematian yang berlaku akibat dicekik,kulit si mati akan melecet di sekeliling leher yang berbentuk seperti bulan sabit.manakala jika terjerut tali atau menggantung diri,leher mangsa akan melecet mengikut bentuk tali yang digunakan.lebam berlaku di kawasan melecet akibat luka yang menyebabkan salur darah di bawah kulit pecah dan darah tersebut berkumpul di antara sel sel tisu di bawah kulit.

Kecederaan akibat lebam ini berbeza dengan lebam hipotesis mayat.ini kerana lebam akibat kecederaan boleh berlaku di mana mana bahagian badan yang tercedera,manakala lebam hipotesis hanya berlaku di bahagian paling bawah badan mayat.perubahan warna juga akan berlaku kepada lebam akibat kecederaan ,manakala hipotesis mayat kekal dalam warnanya yang asal.

Mengulas lanjut mengenai kematian menggantung diri ini jelas Dr. Nizam,seseorang lebih cenderung memilih lokasi yang terpencil untuk melakukannya,contohnya seperti di bilik tidur.kebiasaannya ia dilakukan di hadapan cermin.mitos yang sering dikaitkan dengan tabiat ini ialah lidah si mati akan terjelir sehingga ke paras dada.bagaimanapun,Dr Nizam menyangkal dakwaan tersebut kerana lidah manusia normal tidak mampu mencapai tahap itu bahkan jelasnya,dalam beberapa kes menggantung diri,lidah mangsa langsung tidak terjelir dan hanya tersimpan di dalam mulut.#

Jadi,adakah kita masih berfikir untuk membunuh diri??sedangkan kita tahu akan kesakitannya,membunuh diri bukanlah salah satu daripada penyelesaian .bahkan lebih membawa mudarat kepada diri kita sendiri keran tiada manfaat akan kita dapat darinya.ianya Milik tuhan dan kita tidak layak merampas hak Allah..setiap masalah pasti ada penyelesaiannya.masih belum terlambat untuk kita memperbaiki kembali keadaan.Berusaha lah..bagi yang masih ingin meneruskan niat anda,saya mengucapkan selamat mencuba dan selamat berjaya.

No comments:

Post a Comment