Saturday, May 21, 2011

Munafik

Secara umumnya,perkataan munafik dalam istilah agama ialah seseorang yang memperlihatkan keimanan pada zahirnya,tetapi menyembunyikan kekafiran dalam hatinya.menurut imam Nawawi,apabila orang beriman mempunyai atau menyerupai sifat2 munafik,maka ia disebut Nifak iaitu melahirkan sesuatu yang menyalahi keadaan hatinya.hjusteru itu jika seseorang muslim yang menyerupai sifat nifak sedangkan ia tidak menyedarinya,maka kemungkinan berlaku lah percampuran antara kekafiran dan keimanan didalam hati dan jiwanya jika tidak diiringi dengan penyesalan dan memohon keampunan Allah.

ulama ahli sunnah waljamaah telah membahagikan tanda2 munafik atau nifak kepada 2 macam iaitu:
pertama,Nifak i'tiqadi,iaitu dalam bentuk keimanan.nifak jenis ini menyebabkan mereka keluar dari agama kerana dalam hatinya mendustakan Allah,rasul,kitab dan sebagainya.meskipun pada zahirnya ia tampak mengakui kebenarannya sebagaimana ia dijelaskan oleh Allah didalam al quran dgn firmannya

"Diantara manusia ada yang berkata:kami telah beriman kepada Allah dan hari kemudian,padahal mereka itu bukan orang2 beriman.mereka hendak menipu Allah dan orang2 yang beriman,padahalmereka tiada menipu(orang lain)hanya diri mereka sendiri tetapi mereka tiada sedar.dalam hati mereka ada penyakit(syak wasangka),lalu ditambah Allah penyakit itu untuk mereka seksa yang pedih kerana mereka berdusta."

(Al-Bqarah:8-10)

kedua nifak amali,iaitu ndalam bentuk perbuatan yang menyalahi ajaran Al quran dan sunnah serta ijmak ulama..
rasulullah SAW bersabda:
"ada tiga tanda orang munafik,jika berkata ia dusta jika berjanji ia mungkir dan jika dipercayai ia khianat"
(HR:Muslim)

Umar Al Khattab r.a pernah berwasiat kepada umat Islam dengan kata:

"perhitungkan lah dirimu sebelum kamu diperhitungkan dan timbangkanlah dirimu sebelum kamu dipertimbangkan serta bersiap siaplah untuk hari pembalasan yang besar(hari kiamat)."

antara sifat orang munafik adalah:

  • malas beribadah kepada Allah
  • lupa kepada Allah
  • melalaikan solat fardhu
  • mempercepat mengerjakan solat
  • gemar meninggalkan solat berjemaah
  • meninggalkan solat jumaat
  • melakukan dosa dan kemungkaran secara tersembunyi
  • meyuruh yang mungkar dan melarang yang makruf
  • menyembunyikan ilmu pengetahuan
  • mengamalkan riyak
  • hasad dengki
  • dusta
  • mungkir janji
  • bakhil
  • fitnah
  • mencaci maki
  • mengumpat
  • mengungkit kembali pemberian kepada seseorang dan menyakiti hatinya
  • mengingkari takdir Allah
  • mempersendakan kesucian agama
  • enggan berjihad di jalan Allah
  • menghina sahabat Rasulullah
  • meyembunyikan persaksian pada jalan yang benarmenagguhkan pembayaran hutang
  • menipu dalam jual beli
  • Ghasab(mengambil tanah orang lain tanpa hak)
  • duduk dan bercampur dengan orang orang yang memperolok ayt Allah
  • memakan harta ank yatim
  • membuka rahsia orang lain
  • merasa aman dri murka Allah apabila berbuat dosa
  • memanggil orang dengan gelaran yang tidak disukainya
  • menghalangi orang dari mengamalkan ajaran islam
  • suka kepada kesesatan dan menyesatkan orang
  • bermuka dua
  • menyanjung dan memuji orang tanpa diketahui keadaan sebenarnya
  • sombong antara sesama manusia
  • suka berbantah dan bertengkar sesama muslim
  • melampaui batas yang digariskan oleh Allah
  • berputus asa dalam menghadapi cabaran hidup
  • membazir dalam memanfaatkan nikmat Allah
  • keluh kesah apabila ditimpa musibah
  • mengkhianati sesuatu amanah
  • memutuskan hubungan silaturrahim
  • memecahbelahkan perpaduan kaum muslimin
  • menghalalkan perkara yang haram
  • membuat kerosakan diatas muka bumi
  • menuduh org beriman bodoh
  • mengubah dan menyalah gunakan ayat Allah
  • bersumpah dengan selain nama Allah
  • merasa gembira apabila musibah menimpa orang beriman
semoga dengan sedikit maklumat berkenaan dapat lah kita memperbaiki diri kita dan menjadikan sebagai panduan agar kita diajuhkan dri menjadi seorang yang munafik...insyaallah..

No comments:

Post a Comment